Friday, February 18, 2011

" Statement of Desires "

Penyata Keinginan

Keinginan. 

Ia seperti sesuatu yang kita nyatakan sebagai perkara yang bukan kita perlukan tetapi apa yang kita inginkan.
Ya. hakikat dunia ini, kita terlalu fokus kepada sesuatu yang kita perlukan..
Sebenarnya, bagi setiap insan.. kita WAJIB miliki penyata keinginan ini.. 

Kenapa?                                                 Kenapa?

kenapa?                                             Kenapa?                                         Kenapa? 


  Kenapa?                                                Kenapa? 


Kerana.. 
Penyata Keinginan ini, akan membuatkan kita lebih bertanggungjawab untuk..

Keinginan seterusnya>Keputusan   seterusnya > ketetapan seterusnya>DisiplinseterusnyaDestinasi

Apakah Penyata keinginan Saya (Azam Zainal Arif)?

Sebagai seorang anak lelaki 'tunggal' yang sulung, matlamat utama saya adalah untuk membahagiakan insan-insan yang saya cintai..

mama & ayah tercinta
Dengan berkat doa dan hasil usaha mereka yang berpanjangan, akhirnya berdirilah saya sebagai anak mereka hari ini.. Insyaallah mama, ayah.. Azam akan menjadi anakmu yang Soleh.

~ Semoga ayah & mama di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki ~

wondergurl.. My adek2 (dear gurl)

Untuk adik-adik abang, insyaallah.. Abang akan jadi seorang abang yang bertanggung jawab untuk korang..

~ Semoga kita adik beradik selalu saling memahami antara satu sama lain ~

Kekasehatiku yang tersayang

Buat kekasih saya yang tercinte.. 
3 perkara utama yang akan saya pastikan untuknya.. 
iaitu.. 
Kejujuran, kesetiaan dan keikhlasan..
dan 
dari 3 perkara tersebut,
saya iringi juga 3 perkara.. 
saya risau kerana saya 'care' pada dia ,
cemburu kerana saya sangat sayangkan dia
dan
saya banyak bertanya kerana saya perihatin terhadap keadaan dan keperluannya.. 

~Semoga Cinta kita akan kekal bersemi selamanya~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok itu bab orang yang ku sayangi.. 

Bagaimana tentang 'Desire' saya mengenai material?

Ya, Sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas dari memiliki keinginan..

Alhamdulillah.. dari segi keperluan, saya sudah cukup dengan apa yang ada
tetapi, maklumlah.. manusia nie sentiasa mahukan pembaharuan..

Saya miliki impian yang terlalu tinggi..

Apakah impian saya??

mimpi?                   Impian??               mimpikah?           impiankah??

Segalanya bermula dari Impian...

Sejak kecil, saya impikan memiliki rumah yang mewah, kereta besar, isteri yang cantik dan anak-anak yang comel-comel..

Namun, setiap impian tu, haruslah diimplementasikan dengan usaha dan matlamat.. 

Dari sudut hati, Matlamat saya adalah...

~ Villa Idaman ~

~ Ruang tamu ~



~ Ruang Makan Utama ~

~ Ruang Legar ~

~ Dapur ~

~ Gazebo menghadap pemandangan Bukit ~

Di atas adalah Gambaran Villa impian saya bersama keluarga tercinta..

Berikutnya... 

Sebuah Kereta idaman... 

~ Kemasan luar yang bergaya ~

~ Interior yang Exotic...~

~ He is a hero ~








Hehe smart kan? actually harge kete ni dengan My Baby Boo lebih kurang je.. 
maintenance die nie n Type-R pn same je.. cume kereta ni, lebih 'Tough' la sikit

Lepas tu.. bile semua dah lengkap, rasenye.. macam nak fikir soal pasangan la pulak.. 
Bila kita fikirkan soal destinasi sebuah percintaan, pastinya kita impikan sebuah majlis yang indah.. Yang memiliki prestejnya yang tersendiri.. 

Perkahwinan adalah satu simbol keabadian sebuah cinta yang dbina..
Ia merupakan destinasi sebuah percintaan yang amat diidamkan 
oleh setiap pasangan yang bercinta..
Maka..
Saya juga memiliki sebuah impian dan cita-cita untuk melangkah ke gerbang perkahwinan yang begitu indah..

Pelamin Indah Gaya ala Vintage

Exotic Vintage


Sebenarnya, banyak lagi yang mahu saya kongsikan.. Tentang Karier, Syarikat Sendiri, Sebuah Kehidupan yang Sempurna dan memiliki keluarga yang harmoni dan diberkati.. Mungkin ruang Blog page ni, xmuat untuk diisi.. namun, setakat inipun, sebenarnya telah banyak kn? :) tak pe.. andai ada susulan, kite akan susuli dengan 'Statement of Desire II'
Jadi.. Apakah keinginan anda? jom kite kongsikan same2.. :) sedikit sebanyak, mungkin kite boleh bertukar-tukar pandangan.. kan? kan? kan? hehe..



Thursday, February 17, 2011

.:: And I Love You So ::.


And I love you so
The people ask me how
How I've lived 'til now
I tell them I don't know

I guess they understand
How lonely life has been
But life began again
The day you took my hand

And yes I know, how lonely life can be
The shadows follow me 
And the night won't set me free
But I don't let the evening get me down
Now that you're around me

And you love me too
Your thoughts are just for me
You set my spirit free
I'm happy that you do

The book of life is brief
And once a page is read
All but life is dead
That is my belief

And yes I know, how lonely life can be
The shadows follow me 
And the night won't set me free
But I don't let the evening get me down
Now that you're around me

Tuesday, February 15, 2011

Cinta Suci

Meneliti satu per satu muka surat diari harianku.. 
ku terlihat, kenangan-kenangan yang datang dan pergi bagaikan hembusan angin yang berlalu..


sesekali, mataku memandang ke luar.. memerhati sang pipit berterbangan.. indahnya alam ciptaanNya.. terkadang bahagia mendamaikan hati.. dan terkadang, rasa resah gelisah juga jiwa ini mengenangkan kekurangan dan kesibukan diri selama ini.. 


"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.. sesungguhnya hambaMu yang lemah ini, terlalu banyak mengabaikanMu.. Temukanlah hambaMu ini dengan jalan yang lurus, dan halakanlah impianku, cintaku, matlamatku dan destinasiku ke arah jalan yang Engkau redhai.. Sesungguhnya keredhaanMu adalah perisai kejayaanku di dunia dan akhirat"


Pelbagai cerita, kenangan dan pengalaman yang memenuhi ruang fikiranku.. ada yang ku tangisi, ada yang ku hiasi dengan tawa dan ada juga yang ku diamkan agar ia tertutup rapi.. 


Hari ini, sekali lagi ku termenung memikirkan sesuatu..
Sesuatu yang penuh bermakna.. 


ia adalah pengertian kepada 'Cinta Suci.' - Kesucian cinta itu adalah Cinta kerana Allah..





Apabila menyebut soal cinta, selalu orang merujuk kepada lelaki dan wanita yang sedang dilamun cinta. Bahkan kebanyakan orang bertanggapan negatif terhadap cinta. Kononnya cinta membawa kepada gejala dosa dan maksiat. Adakah tanggapan itu benar? 

Realitinya, orang yang bercinta dalam kalangan lelaki dan wanita tidak menghasilkan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Hanya sedikit sahaja orang yang bercinta membawa kepada kebahagiaan yang hakiki. Jurang kedua-dua ini menunjukkan bahawa cinta itu suci tetapi dicemari oleh keimanan yang lemah. 

Cinta seharusnya tidak disempitkan skopnya. Bahkan tidak salah percintaan antara lelaki dengan wanita. Bukankah terdapat sebuah hadith yang menyebut bahawa tujuh golongan yang dilindungan arasy yang salah satunya ialah pasangan yang bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah? 

Sebenarnya cinta seseorang sama ada terhadap wanita, keluarga, harta, mahupun negara ada kaitannya dengan Allah dan Rasulullah s.a.w. Walau apapun bentuk cinta seseorang, mestilah kerana Allah dan rasul-Nya. Cintanya kerana kehendak Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. 

Meskipun seseorang lelaki bercinta dengan wanita, dia tetap menghormati larangan Allah lalu dia tidak berdua-duaan. Dia memuliakan wanita tersebut kerana Rasulullah s.a.w. memuliakan wanita lalu tidak mahu merosakkan maruahnya. Mereka menyedari hukuman Allah. 

Tetapi semua itu tidak berlaku pada zaman ini, mereka bercinta bukan kerana Allah dan Rasulullah s.a.w. tetapi kerana nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah pada saat kemuncak percintaan mereka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Akhirnya mereka terpaksa berkahwin dalam keadaan bakal isterinya hamil. 

Hakikatnya mereka bukan bercinta tetapi berniat jahat menzalimi diri sendiri dan menganiaya orang lain. Cinta yang dilafazkan mempunyai kepentingan peribadi. Sedangkan wanita itu tertipu kerana kejujuran cintanya. Tetapi cintanya itu tidak kerana Allah dan rasul-Nya. 

Oleh hal yang demikian, umat Islam perlu akur dengan perintah Allah ini kerana sesuatu yang disuruh ada faedahnya. Sebaliknya sesuatu yang dilarang ada manfaatnya kepada mereka. Jika manusia mengikutnya, pasti mereka beroleh ke selamatan dan kebahagiaan. 

Begitu juga halnya kalau kita mencintai harta dan segala milik kita di dunia ini, sewajarnya dipelihara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dalam hal ini Allah memerintahkan manusia membayar zakat. Oleh sebab itu, walaupun terlalu cinta pada harta, mereka tetap kena mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah. 

Kalau umat Islam dan manusia sejagat dapat meletakkan cinta pada tahap yang disebut di atas, pasti mereka akan taat kepada Allah pada semua perintah Allah. Dalam masa yang sama mereka tidak akan melakukan dosa dan maksiat sama ada sewaktu berada di tempat gelap, apatah lagi jika berada di khalayak ramai. 

Orang yang meletakkan cinta di tahap itu bererti mereka benar-benar cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Hakikat inilah yang patut difahami oleh umat Islam dan manusia seluruhnya. Inilah dua cinta dalam satu yakni dapat dua cinta dalam satu pakej. 

Dalam hal ini jika seseorang itu bercinta tetapi tidak merasai kewujudan Allah lalu membelakangkan hukum Allah, mereka bukanlah orang yang beriman. Inilah barangkali yang dikatakan "cinta itu buta", mereka tidak dapat melihat pencipta alam walaupun dia mengagumi alam itu.



~azam zainal arif~

Friday, February 11, 2011

Valentine's Day Bukan Untuk Kami..

    .:: Valentine's Day dan Hari Kekasih ::.






Ucapan " Selamat hari kekasih sayang" bukanlah satu kata-kata yang khusus untuk tarikh 14 Feb.


February 14 : "Valentine's Day atau di kenali juga sebagai Saint Valentine's Day"
Ia merupakan hari ulang tahun memperingati kekasih yang mana, menurut sejarah pada tarikh tersebut, seorang lelaki kristian bernamaValentine telah mengorbankan dirinya untuk menunjukkan kasih setianya kepada agama Kristian dan tarikh hari pengorbanannya itu di asaskan oleh Paderi Glasius I (Pope Glasius I) sebagai hari memperingati kekasih. 


Bermula pada tarikh itulah juga 14 February menjadi sambutan seluruh dunia.. Namun, sebelum ini, ia lebih dilakukan secara spiritual dan lebih kepada keagamaan (Kristian).. Tetapi, hari ini, kisah sebenar disebalik 14 Feb ini di selindungkan dan nama baru telah membuatkan ia disambut dengan caranya tersendiri.. 
Hari tersebut telah dinobatkan sebagai "Hari ulangtahun pemperingati kekasih" ia lebih mendapat sambutan dan yang menyambutnya itu adalah dari golongan muda mudi hampir di seluruh dunia.. (Astaghafirullah.. termasuklah juga aku di saat aku jahil suatu masa dahulu..)


**jika di perhatikan, Hari ulangtahun memperingati kekasih ini, sebenarnya lebih mengundang ke arah yang lebih negatif.. Pada malam hari tersebut, ramai muda mudi yang 'tertangkap' ketika sedang asyik dengan 'kebahagiaan' dunia yang mereka kejar.. Di Malaysia sendiri pun, tidak kurang dengan sambutannya di Kelab-kelab malam dan Pusat-pusat hiburan terutamanya di sekitar Pusat Bandar. Mengapakah hal ini boleh terjadi? 


Hakikatnya, kerana tiada kesedaran dalam diri insan2 tersebut.. Yang mereka nampak hanyalah "Enjoy.." dan lebih kepada "keseronokan" hari ini.. Tidak terfikir pula apabila mereka menjadi ibu ayah, dan terpaksa hadapi anak2 yang bersikap seperti mereka.. (di saat itu, barulah sedar betapa jahil dan zalimnya diri mereka suatu masa dahulu..)


Sebenarnya, media massa merupakan medium untuk kita sampaikan unsur-unsur positif kepada masyarakat.. Bukan iklan berunsur nasihat semata-mata, tetapi, cuba kita pandang dan lihat secara dalaman. Insan lebih cepat tersentuh dengan gunakan teknik "First touch" yang mana, biar individu tersebut merasakan sendiri perasaan itu dan nilai dengan ideanya tersendiri.. Tidak dinasihati, tidak juga disuruh.. Remaja hari ini, lebih berskap "membangkang" dan kerana itulah kita tidak perlu lagi mengajar.. tetapi biar mereka yang mengeluarkan pandangan mereka. Kerana itulah remaja perlu dibentuk sejak dari usia mudanya lagi.. Bukan setelah mencecah usia 7tahun baru mula nak di ajar dekati agama. 


Valentine's Day...
Disambut oleh semua golongan Kristian di seluruh dunia pada 14 Feb setiap tahun..
Tarikh ini juga banyak mengundang pelbagai kerosakkan akhlak dan budaya remaja hari ini.
Kerana hari tersebut jugalah ramai Bayi-bayi yang tidak bersalah dilahirkan 'luar nikah'. Salah siapa? 


Pertimbangkanlah.. Buat semua wanita di seluruh dunia..
Milikilah mahkotamu dengan sebaik-baiknya.. Janganlah dibiarkan 'kesucian' dirimu 'diratah' oleh kekasih yang belum pasti menjadi milikmu.. Cintailah dirimu terlebih dahulu sebelum kamu mencintai yang lain.. Kerana dengan mencintai dirimu, kamu akan tahu siapa yang layak untuk memiliki hatimu dan cintamu..


Buat kekasihku,


Baby, 
Mencintaimu adalah satu anugerah..
Merinduimu adalah satu kebahagiaan..
Memilikimu adalah hadiah yang paling berharga..


Pertemuan yang seketika itu adalah saat yang paling berharga buat dd.. walau hanya pandangan rindu yang termampu dd utuskan dhati b, ketahuilah sayang, dd telah menikmati saat bahagia bersamamu.. dan dd bahagia menjadi kekasihmu.. Insyaallah hingga ke pintu syurgaNya.. 


"Salam Sayang, Salam penuh kerinduan"




Coretan seorang lelaki,
    AZAM ZAINAL ARIF

Monday, February 7, 2011

Sedetik ku Ertikan Cintaku Buatmu

Cinta adalah satu anugerah..

C. I. N. T. A.



Apa itu cinta? 
memiliki perasaan mencintai dan dicintai sebenarnya adalah satu anugerah.. 
Mencintai sebenarnya bukanlah sebanyak mana kita membalas dan menerima 'message' dari pasangan kita, dan bukan jua sekerap mana kita 'call' insan yang kita sayang. Apabila perasaan ini wujud, tiada apa pun yang dapat menghadkannya.. kerana perasaan ini, adalah satu simbol keabadian yang tidak mampu dizahirkan hanya dengan perbuatan, tetapi ia terbit dari pengamatan dan belaian jiwa yang kita sampaikan.. 


Perjalananku menemui erti Cinta bersama dengannya...


Pertemuan.
Suatu ketika..
Jauh penglihatanku memandangnya.. terlintas difikiranku mengenangkannya..
"dia cantik.. tapi.. aku bukan untuk dia.. aku harus sedar hatiku telah dimiliki" getusan hatiku berbicara.. 


Ku hadir disampingnya sebagai seorang sahabat, tidak ubah seperti seorang abang kepada adiknya.. saling berkongsi pendapat dan idea.. membangunkan semangatnya di saat dia terjatuh.. dan saling berkongsi cerita..


Tidak pernah ku terlintas dan tidak sekali pun hati ni terfikir dia akan menjadi milikku.. kerna ku tahu.. aku bukanlah seorang lelaki yang terbaik untuk menjadi pendamping dirinya.. (kerana di kalangan lelaki2 yang berkawan dgnnya, jauh lebih hebat dan lebih baik dari diri ini..)


Namun....


Takdir penentu segala.. suatu hari, hati yang selama ini, dimiliki oleh seseorang, terbuang dan tedampar di ruang legar kehidupan.. yg mana, bila2 masa pun ia boleh hancur di mamah masa.. saat itu, ku di hadiri oleh seseorang.. yg menghulurkan tangannya.. dan ingin memapah aku bangun dari jatuh.. setelah ku berdiri, akhirnya dia lepaskan tanganku dan biar ku melangkah sendiri.. pergi.. menghilang dan menjauh.. 


Sekali lagi ku sendiri.. merenung kisah semalam. Kenapa? dan mengapa aku di permainkan begini? 
ku tertunduk.. berjalan merentasi masa yang semakin deras.. ku terus menghitung hari dan di saat itu, dia yang ku pernah puji dulu, hadir lagi.. dengan senyumannya, renungan matanya, ucapan bibirnya.. membuatkan aku tidak mampu untuk menjadi lemah lg.. dia membuatkan ku terus bangun dan mendekatinya.. 


Hari demi hari, kami berhubung melalui ruang 'Private Message' Facebook.. dia memberiku no telefonnya.. dan kami lebih rapat lg.. hinggalah akhirnya kami saling meluahkan isi hati yang tersimpan rapi selama ini..
Kemesraan yang mengulit di antara kami membuatkan  aku selesa bersama dengannya.. dari panggilan ; 'abg azam', kepada 'abg', kemudian dia mula memanggilku 'laling' dan akhirnya dia menginginkan ku menjadi Mr.Teddy untuknya.. dan mula dari saat itu, dia menggelarku 'dd'. 
Ku tidak pernah rase keberatan untuk terima segala gelaran itu.. ia seolah2 telah lama memanggilku dengan gelaran2 tersebut.. 


Masa-masa yang berlalu saat ini, semakin berwarna warni.. 
sinar2 keceriaan menerangi hidup kami.. dia hari ini, telah ku nobatkan sebagai kekasih.. 
seorang insan yang ku cintai dengan ketulusan.. dan ku belai dengan hati yang penuh kasih dan sayang.
dia bukanlah anak kepada seorang raja, tp dia adalah puteri di hatiku..
dia bukan  jua insan yang pertama, namun insyaallah dialah yang akan menjadi teman hidupku..
dia juga insan biasa, namun kehadirannya menyempurnakan segala kekurangan diriku..

CINTAKU..
Cinta yang agong adalah milik Allah, 
Cinta yang indah adalah milik Rasululllah,
Cinta abadi untuk Ibunda, 
Cinta yang penuh dengan penghormatan buat ayahnda.. 
dan Cinta Sejatiku... adalah buatmu.. " Noor Haniza Mohd Yusof " Kekasihku yang satu.. 

C .: Catatkanlah bahasa cintamu buatku setiap hari
I  .: Ikhlaskan lah hatimu untuk mencintaiku seperti mana ku mencintai dirimu..
N .: Nekadkan lah hatimu untuk menantikan kehadiran saat indah kita bersama..
T  .: Tekadkan jiwamu untuk berpegang teguh dengan kesetiaan ini..
A  .: Abadikan perasaan ini.. agar walau tanpa kita bersama, kewujudan cinta ini, tetap tidak akan pudar...

Cinta, Ia adalah satu perasaan.. yang wujud di antara dua insan.. yang hadir untuk saling memberi dan menerima.. tidak hanya memberi, dan bukan jua hanya untuk menerima.. Cinta jua adalah satu pemberian yang teragong.. ia adalah satu kesungguhan yang kita tonjolkan dalam kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu matlamat yang kita impikan.. 

Siti Hawa untuk Nabi Adam
Allah melahirkan Siti Hawa di sisi adam, adalah untuk di lindungi dan dicintai.. seiring dengan sifat rusuk kiri adam yang lembut, dan mudah dilentur.. begitulah jua sifat wanita yang mampu menjadi seperti yang sang suami inginkan.. namun, andai terlebih lentur, ia akan patah.. maka, terpatahnya rusuk,itu adalah sama dengan terpatahnya hati seorang wanita.. 

jadi, sebagai seorang lelaki, ku hadir di sampingnya.. sebagai pelindung yang akan menjaganya hingga ke akhir hayatku, juga sebagai pembimbing yang akan mengiringi langkahnya.. hingga ke pintu syurga.. ku yakin, akan menjadi ayah serta abang kepadanya di saat dia merindukan mereka.. dan aku jualah sahabatnya tika dia merasa tersisih dari yang lain.. 


Sayang,
Memilikimu adalah satu peristiwa yang terbaik.. yang pernah hadir didalam hidup ini, yang memberikan ku jalan dan laluan yang lebih bermakna.. Hadirmu membuatkan rinduku, kasihku, cintaku.. semakin hangat.. walau kita tidak selalu bersama, ketahuilah syg, dirimu adalah permaisuriku.. Akulah imam yang akan sentiasa menjadi penghulu jemaah bersamamu.. dan bersama2lah kita mendapatkan keredhaanNya.. kerna Perjalanan kita masih panjang.. dan erti cinta ini, adalah untuk selamanya.. 


Khas buatmu Kekasihku...
Insan yang sentiasa mencintaimu,
AZAM ZAINAL ARIF 

Thursday, February 3, 2011

Kau Mawarku..


Sang Mawar dan erti Cinta

sekuntum mawar
Sepenuh perasaan cintaku tertumpu untukmu..
2 Kuntuman mawar
Cinta antara kita sangat mendalam..
3 kuntuman mawar
Aku Cinta Kamu
6 kuntuman mawar
Sayang,ku mahu menjadi milikmu
9 kuntuman mawar
Saling mencintai selamanya..
11 kuntuman mawar
Kau satu yang pertama dan terakhir..
12 kuntuman mawar
Saling memberi kepuasan dan saling melengkapi
13 kuntuman mawar
Peminat rahsia
24 kuntuman mawar
Setiap masa ku mengenangmu..
(24jam dirimu didalam ingatan).
33 kuntuman mawar
Melafazkan 'Ku Cinta Padamu' dengan setulus hati dan sangat mendalam
36 kuntuman mawar
Merasakan lampiran romantis setiap kali dirimu hadir di sampingku..
44 kuntuman mawar
Janji setia yang tidak mungkan akan terubah..
50 kuntuman mawar
Cinta mati 'yang tidak akan dikesali'
56 kuntuman mawar
Kau Kekasihku..
66 kuntuman mawar
Kejayaan cintaku untukmu..
99 kuntuman mawar
Cinta yang di ulit dengan keserasian dan perasaan cinta yang abadi...
100 kuntuman mawar
Keharmonian cinta kita yang abadi hingga akhir hayat..
101 kuntuman mawar
Tiada cinta lain selain darimu..
108 kuntuman mawar
Tolong kahwini saya..
111 kuntuman mawar
Cinta Sejati..
123 kuntuman mawar
Ku bebas mencintaimu 
144 kuntuman mawar
Siang dan malam cintaku abadi untukmu..
365 kuntuman mawar
Mengenangmu setiap hari, mencintaimu setiap hari..
999 kuntuman mawar
Cintaku kekal abadi buatmu..
1001 kuntuman mawar
Selamanya ku akan setia mencintai dirimu..



Sayang.. andai diberikan dd pilihan untuk memberimu kuntuman-kuntuman mawar ini, akan dd hamparkan buatmu.. sebuah kamar peraduan yang dihiasi dengan kelopak2 mawar merah d atas cadarnya.. dan kelopak2 mawar putih di lantainya.. agar setiap langkahmu akan mekar dan sepanjang lenamu akan di ulit dengan haruman sejati ini.. I Love U baby.. dd hadiahkan buat b segenap hati ini untuk mencintai dan merindui b sepenuhati..

Wednesday, February 2, 2011

Nota Cinta buatmu...

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.", getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
"Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…", bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

"Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...", tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa'. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

"Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...", hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

"Astaghfirullahal azim.. Alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…", syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari'ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.

Salam perkenalan buat saudari Sa'adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

"Astaghfirullahal 'azim... Astaghfirullahal ‘azim… Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..", doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...