Selamat Datang 2011 , Selamat tinggal 2010
Alhamdulillah.. Syukur kerana masih dikurniakan kehidupan dan usia untuk terus bernafas di atas Bumi Allah ini.
2010 pemergiannya terlalu cepat.. kenangan bersamanya masih mekar dalam ingatan.
Saat suka, duka yang silih berganti datang dan pergi bagaikan awan yang berarak..
keindahan hidup di muka bumi milik Allah ini, bagaikan kitaran cuaca..
dan terkadang, ia adalah di bawah pengaruh musim-musim yang bertandang
Hari ini, di ruangan ini, ingin ku kongsikan pula catatan harianku di era 2011 ini..
umpama sebuah diari hati seseorang insan,
bagai sebuah karung penyimpan lakaran mindaku.
Kenangan Bersamamu 2010
Beribu batu perjalanan langkah kakiku melepasi 2010, di situlah detikku belajar erti pengorbanan, penat lelah
dan diruangan 2010 lah ku belajar erti cekal untuk menjadi seseorang..
Kenangan manis dan kenangan pahit silih berganti..
berlalu satu per satu episod kehidupan
seperti musim yang berlalu...
Tiupan angin membelai,
memecah ombak di sisir pantai..
angin malam yang mempersona, mendamaikan seluruh jiwa..
Ditakdirkan pada 9 September 2010, hubungan yang terjalin, antara aku dgn seseorang terputus..
dan bermula kehidupan bujangku
Namun, bujangku kali ni tidaklah begitu lama..
Ditakdirkan pula pada 29 Disember 2010, pintu hatiku di ketuk oleh seseorang..
seseorang yang selama ini, tidak pernah ku terfikir untuk ku nobatkan sebagai kekasih..
dan hari ini, dia adalah penyeri hidupku..
yang mewarnai keindahan corak lukisan hatiku..
dan bersama dialah ku menutup tirai
~2010~
Selamat Datang 2011
Kehadirannya adalah adalah satu simbol yang menceritakan tentang perubahan
ia merangkumi perubahan dari segi minda, tatacara, sikap dan tingkah laku..
segalanya adalah bertindak balas dengan hati
melakar pelangi d dada awan,
mencipta sinar dalam bayangan,
2011
kehadiran tetap akan disambut..
keindahannya, haruslah kita yang bentukkan..
keindahan 2011 adalah keindahan diri kita semua..
Selamat melangkah ke tahun yang baru buat semua..
Mulakan Gerbang 2011 sebagai pintu untuk melangkah kearah yang lebih baik