Friday, November 12, 2010

Cinta DIA

Cinta adalah satu fitrah...




Cinta..
Ia sesuatu yang sangat di impikan oleh setiap insan.. 
Cinta..
adalah satu perasaan yang hanya dapat dinyatakan dengan jalinan yang tercipta di antara dua insan yang merasainya.
Cinta
merupakan satu sumber kekuatan
Cinta
juga adalah Inspirasi buat insan




Di manakah CINTA milikNya?
Lihatlah wahai insani,
Tubuhmu, nafasmu, penglihatanmu, pertuturanmu hatta perasaanmu.. 
Semuanya adalah CintaNya.. 
Setiap hari, Dia menghembuskan nafas baru ke dalam jasadmu yang tidak bermakna tanpa Roh pemberianNya.. Begitu besar CintaNya buat kita.. RezekiNya, Kesihatan diri yg dikurniakanNya dan hakikatnya masih banyak lagi..
Cuma, sama ada kita sedar atau tidak.. itu sahaja yang membezakan kita sebagai hambaNya..


Insani, 
Pelajarilah bagaimana cara untuk bercinta sebelum anda menaburkan cintamu kepada yang lain.. 


Cinta itu bukanlah keintiman semata-mata..
Cinta juga bukanlah hanya dengan kasih sayang..
Cinta juga bukanlah keindahan cuma..
Cinta adalah pengorbanan.
Cinta adalah pemberian.
Cinta adalah anugerah.
Cinta itu satu Pengisian
Cinta juga satu ujian.. 


buat Para Muslimah,
*Cintailah insan yang mencintai kita, kerana 4 perkara.. Iaitu;-
Agamamu, Keturunanmu, Rupamu dan Hartamu..

buat Para Muslimin,
*Cintailah dia seadanya.. namun janganlah dirimu melebih2kan isterimu hingga menawarkan hati ibumu.. Kerana tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk ibu, isteri, adik2 perempuan serta untuk keluarga isterinya. 

2 comments:

  1. abg azam huhu tercipta sebuah blog tentang naluri hati seorg lelaki.... :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. :) naluri hati seorang lelaki.. dan naluri insani yang sentiase mencari hidayah dari NYA..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...