Sunday, November 21, 2010

My Civic Sakit... :(



Semalam, perjalananku agak terganggu.. Sudahlah mahu berjumpa dengan Dato', Jalan Dataran Merdeka tutup pulak.. Hurmm Terlupa pulak yang malam semalam Malam minggu.. Bengang je rase.. 

Huhu.. Teringat pulak.. beberapa hari lepas, aku dah keluarkan hampir RM10k untuk keretaku.. 

Civic kesayangan, mungkin ini adalah warkah buatmu sayang.. 

Semalam, ku sangat tertekan dengan keadaan.. Aku cuba memberimu yang terbaik.. Dan aku membelaimu lebih dari seorang kekasih.. namun, ku sangat geram semalam bila kau mati enjin kat tengah-tengah Lampu Isyarat semalam.. Kau tahu betapa terkejutnya aku dengan keadaan itu?

Sayang, semalam aku memarahimu.. namun bukan ku berniat apa-apa disebalik semua itu.. Aku terlalu tertekan je.. Insyaallah aku akan perbaiki kelemahan diriku ini.. Aku tau kau pasti sedih dengan kata-kataku.. aku terlepas cakap untuk menjualmu.. Bukan begitu niatku.. ku hanya terlepas cakap.. Maafkan aku ye my baby boo.. 

Aku tau Brake mu berbunyi semacam je semalam.. xpe.. nanti, bila aku ade duit, aku gantikan dengan brake disc baru ye.. Aku akan gantikan dengan Brake Brembo.. Aku janji.. 

Brembo Brake Disc


Hari Sabtu minggu lepas, aku hantar kau ke garage untuk Dyno dan Update eEectronic system..

Hurmm ramai orang di garage tu yang kate kau Best.. kau Power.. Aku bangga dengan Performance kau Civic.. Aku seronok memandu kau.. tapi, cume semalam je aku agak tertekan.. Hakikatnya, aku bukan marah pada kau sayangku.. aku cuma tertekan sebab jalan Dataran tu di kerumuni Mat-mat rempit yang sampah tu.. Aku runsing dengan kekecohan mereka.. dan mungkin juga di sebabkan enjin kau mati semalam, mereka ketawakan aku.. dan ketertawaan itulah yang aku berang semalam.. 

Hari nie aku memandu kau dengan lancar sekali untuk bertemu dengan Dato'. Seronok aku mandikan kau petang tadi.. Aku berasa puas hati kerana dapat manjakan kau sayang.. :) biarpun kau membuatkan aku banyak berusaha.. Aku tetap seronok mendampingimu.. 

Semoga sahaja kita akan selalu bersama sayang.. :) Aku sayangkan kamu My baby Boo

Mase tgh Dyno test minggu lepas (13 - 11 - 2010)
Semoga akan datang, hubungan kite akan lebih baik ye CiviC Kesayanganku.. :) 
Tak mau sakit-sakit selalu tau.. aku amat memerlukan khidmat kamu saat ini.. 
Dan aku sedang berada dalam keadaan sukar saat ini.. semoga saja, kehadiranmu, mempermudahkan lagi urusanku.. emmuuaah sayang kamu my baby boo...



Insya'Allah...

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. 
La~ila.. ha 'ilallah huallah hu akbar.. 
Allahuakbar walillah.. Ilhamdh..


Sayu kedengaran takbir yang di alunkan.. 




Termenung ku seketika.. melihat awan dan bulan yang penuh malam ini.. 


Terfikir sejenak.. mengenai meeting pagi tadi.. 


"Bukan saya tidak boleh tangguhkan tempoh bayaran bond kontrak tu.. Tapi, saya mahu syarikat awak sertai gugusan Holding kami secepat mungkin.. Agar segalanya dapat di terangkan secara transparent antara kita.. Lagipun projek yang akan dilaksanakan ini pun sudah terlalu hampir.. kelmarin awak telah bayar RM65,000, jadi saya sudah lock syarikat awak Kembara Hijrah Resources Sdn Bhd untuk projek-projek tersebut.. Cuma tinggal lagi RM 35,000 sahaja untuk awak langsaikan dan berada didalam gugusan kami.. Berusahalah Encik Azam, Encik Istab.. Saya tidaklah terlalu memaksa.. tetapi, bagaimanapun, segalanya ada procedure nya yang tertentu.. Jika awak sudah di bawah gugusan Mega Holdings, jadi awak akan lebih mudah bergerak didalam Yayasan.."


Terkenang kata-kata dato' pagi tadi.. Mane aku nak dapatkan lagi RM35,000 dalam mase terdekat nie? Ish... Runsingnye kepala.. sane sini dah aku try usulkan.. cuma xsampai ke tahap ALONG je.. Hurmm mungkin inipun adalah ujian dari Allah juga agaknya.. Tapi kenapa fund aku dari Bank Negara ni tak release2 lagi ye? dah masuk 4bulan aku apply.. kalau lah aku betul2 bergantung dengan fund itu untuk syarikat aku, mesti sudah gulung tikar dibuatnya.. Hurmm nasib la ade back up money sikit-sikit sebelum nie.. Tapi saat ini, detik ini, aku betul2 xdapat nak adekan.. Tidak pernah aku rase tersepit sebegini.. 




Aku tahu.. Kehidupan ini bukanlah semuanya di sinari kejayaan.. Ada masanya, roda kehidupan ini akan berada di dasarnya.. Sangat menusuk ke dalam minda.. Cuma keyakinan kita sahaja yang akan menjadi ukuran.. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu disebalik kesusahan demi kesusahan yang kita hadapi..


Buat Ayah, Encik Istab dan Malik.. Tabahlah untuk kita sama-sama hadapi keadaan ini.. Insyaallah esok hari, mentari akan bersinar cerah untuk menunjukkan jalanNya.. Allah maha mengetahui segala rahsia alam yang tersembunyi.. Bukan ku ingin harapkan kepada keajaiban.. Tetapi, ku hanya tawakkal untuk ketentuanNya.. Allah maha memberi.. Dia juga maha mengasihani.. sama-samalah kita bersujud untuk memohon keberkatan dan petunjukNya.. 


Insya'Allah hari esok akan lebih baik dari hari ini.. 


Thanks to Dato' Abu Bakar kerana beri kepada kami peluang ini.. 
Alhamdulillah.. walaupun kesukaran yang kami harus hadapi untuk permulaan ini, semoga hari esok akan lebih baik.. Kerana ku yakin dengan bantuanNya.. "Dalam seribu satu kesukaran, pasti ada kesenangan" Insyaallah.. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Termenung kembali...


Ya Allah, Bantulah hambaMu ini.. 
Sesungguhnya hanya padaMu kami meminta..
dan hanya dariMu kami menerima..


Hasbunallah hi wa niagmal waqil.. 
Nasru minallah hi wa fatun Qarib..


Insyaallah.. ku yakini janjiMu ya Rabbi.







Thursday, November 18, 2010

Bercinta memang Indah... Tapi...


                             [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] |̲̅‹̲̅3̲̅|

lambang CINTA kami suatu masa dahulu 



"Sayang, malam ni, dengan tersarungnya cincin dijari sayang nie, maka termaterailah hubungan kita secara rasminya.. Semoga hubungan ini, bahagia dan berkekalan selamanya.. "


"Thanks abang" ~ diiringi dengan senyuman.. 


________________________________________________________________________
"Teeet!!!"


Terkejut ku memandang jam di tanganku.. "Uhh~ "ku mengeluh.. 


Sudah pukul 2pagi rupenye.. hurmm hari sudah lewat malam.. Dan dah beransur ke pagi pun.. tapi mata masih terjegil lagi.. sukarnya untukku melelapkan mata malam nie.. 


terkenang kenangan-kenangan indah dulu.. ~ tersenyum seketika.. 


ingat lagi tentang kisah cinta yang baru berlalu beberapa bulan lepas.. 


Betul ke aku dah single nie? Betul ke aku xperlukan kekasih? ~hehe..


Betul lah.. aku single.. Aku xperlukan sesiapa.. cukuplah aku miliki kebebasan seperti ini.. Aku bahagia dengan hidupku.. (jawab hati kecilku..) 


Tapi, ape yang di maksudkan dengan CINTA buat kau sebelum ni Azam? CINTA tu satu ucapan ke? Atau sekadar ingin mengisi tampat kosong? ..........................................?   ?  ?  ?   ???


Hati kecilku hanya terdiam.. merenung ke dasar, dan memandang ke langit biru.. Apa benar CINTA tu hanya ucapan Azam? atau kau gunakan nama CINTA untuk kau miliki hatinya dulu? 


~tertampar perasaanku bila terpaksa hadapi persoalan begini.. 




Saat bercinta, segalanya indah.. 
pertemuan yang seketika, cukup untuk meraih senyuman sepanjang hari..
Berkongsi segala suka dan duka.. 
Saling memberi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing2.. 
Memang bahagia saat itu.. 




tetapi setelah dirimu memiliki segalanya, yang tinggal untukku hanya satu harapan..
bila aku mempamerkan kekuranganku, tika itu dirimu bersuara dan perjuangkan kebebasan dirimu..
dan saat itu, ku sedar.. mungkin diriku hanya layak untuk mencintai seorang pelajar.. Bukan dirimu yang telah miliki karier.. mungkin telah tiba waktunya untukku beralah dengan perasaanku.. 




Malam itu, malam terakhir kita sebagai kekasih.. terucap kata-kata yang amat melukakan hatiku.. kau ucapkan, "selama kita bersama, sayang tak pernah bahagia dengan abang.. tak pernah tahu tak?"
betapa hancur luluh perasaan ini.. hanya Allah saja yang mengertinya.. 


Sepanjang perjalanan pulang ke KL malam tu, terngiang-ngiang kata-kata itu yang berlegar difikiran.. seperti di belenggu.. Tidak sangka, rupanya selama ini, ku salurkan perasaan cintaku, kasih sayangku padanya.. tidak membawa apa-apa erti buatmu..


Mungkin kerna dirimu terlalu yakin bahawa aku TIDAK akan meninggalkanmu, maka segala-galanya sanggup kau lafazkan.. Setelah itu yang dirimu nyatakan, ku tahu, bahawa diriku hanya mampu tersenyum dan tarik diri dari hidupmu..


Ku relakan CINTA yang BAHAGIA untukku, namun TIDAK BAHAGIA untukmu ini berlalu bersama angin.. 
Ku izinkan perasaan ini musnah.. Walaupun ku rasa parah.. 


Kau kelihatan BAHAGIA bersama-sama kawan-kawanmu apabila telah BEBAS.. 


Namun, ketiadaanku beberapa ketika, membuat kau tercari-cari.. Hari ini, kau menuntut kehadiranku kembali.. dan kau imbas segala kenangan suka duka kita dahulu.. yang telah kau katakan disebalik kenangan-kenangan tersebut, kau TIDAK PERNAH BAHAGIA bersamaku..  


Ku mampu memberikanmu senyuman wahai Kekasih lamaku.. CINTA bukan hanya ucapan.. ia adalah satu JIWA yang tercipta.. Disaat ianya dilafazkan..


Kalau Aku hanya mahu menyayangimu, ku tidak perlu memiliki masa sehingga setahun untuk melafazkan CINTA ini.. kerna sebelum hati ini terbuka sepenuhnya untukmu.. terdapat CINTA lain yang sukar ku padamkan yang telah tercipta sebelum dirimu..


Katakanlah dengan indah.. ku masih menyayangimu sayang.. namun, CINTA itu mungkin telah pudar.. tidak lagi bersinar seperti dahulu.. ia seperti gugurnya kelopak-kelopak mawar.. yang tidak mampu dicantumkan lagi.. 


*jadi, seandainya kita masih memiliki CINTA itu, hargai dan belailah ia agar terus mekar mewangi.. apabila ia telah pudar dan berguguran, tiada ertinya lagi untuk di cantumkan kembali..


Cinta adalah anugerah terindah.. namun, cinta sangat sukar dimengertikan.. kerna disebaliknya, tersembunyi seribu satu pengorbanan, rasa kehilangan dan air mata.. 


Sedarlah.. Cinta, tidak selalunya diiringi dengan Jodoh, namun Jodoh akan membawa Cinta bersamanya.. 

Monday, November 15, 2010

Pasangan itu satu anugerah

Kehidupan..

Sekadar Gambar Hiasan

Terciptanya Adam adalah di puncak abadi al-Jannah Milik Allah yang kekal.. 
Kesunyiannya, keseorangannya mendorong Allah menciptakan Hawa dari Rusuk kiri sang Adam.. 
Melahirkan seorang teman, yang mampu mengukirkan senyuman, mampu menuntun kepada kebahagiaan dan keamanan yang berkekalan..

Namun, akibat dari kelembutan hati Hawa ketika di goda si Iblis laknatullah, mereka terjerumus ke lembah hina.. Di lemparkan ke bumi.. dan terpisah jauh.. seorang di Timur, manakala seorang lagi di Barat. 

Perpisahan itu mengakibatkan terputuslah fitrah mereka buat sementara.. sehinggalah ditemukan kembali di Jabal Rahmah.. Itulah kuasa Allah.. yang Maha memberi dan Maha mengasihani. 

Sebelum Cahaya

Suram.. Kelam.. 
Malam tanpa Bintang..


Pernah ku terfikir untuk pergi..
Dan pernah jua hati ini ingin pergi.. Jauh darimu..


Dalam kesunyian ini, hanya titisan embun yg memecah ke bumi..
Ia seiring dengan air mata lelahku yg mengalir dan jatuh memecah ke bumi..

sayangku, sesungguhnya ku xbisa jauh darimu..
Walaupun zahirnya diri ini menafikan Cinta yg telah wujud,
Namun hatiku tak mampu menahannya..

Sungguh ku xbisa jauh darimu...

I'm Sorry



Pencil: I'm sorry

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

Friday, November 12, 2010

Cinta DIA

Cinta adalah satu fitrah...




Cinta..
Ia sesuatu yang sangat di impikan oleh setiap insan.. 
Cinta..
adalah satu perasaan yang hanya dapat dinyatakan dengan jalinan yang tercipta di antara dua insan yang merasainya.
Cinta
merupakan satu sumber kekuatan
Cinta
juga adalah Inspirasi buat insan




Di manakah CINTA milikNya?
Lihatlah wahai insani,
Tubuhmu, nafasmu, penglihatanmu, pertuturanmu hatta perasaanmu.. 
Semuanya adalah CintaNya.. 
Setiap hari, Dia menghembuskan nafas baru ke dalam jasadmu yang tidak bermakna tanpa Roh pemberianNya.. Begitu besar CintaNya buat kita.. RezekiNya, Kesihatan diri yg dikurniakanNya dan hakikatnya masih banyak lagi..
Cuma, sama ada kita sedar atau tidak.. itu sahaja yang membezakan kita sebagai hambaNya..


Insani, 
Pelajarilah bagaimana cara untuk bercinta sebelum anda menaburkan cintamu kepada yang lain.. 


Cinta itu bukanlah keintiman semata-mata..
Cinta juga bukanlah hanya dengan kasih sayang..
Cinta juga bukanlah keindahan cuma..
Cinta adalah pengorbanan.
Cinta adalah pemberian.
Cinta adalah anugerah.
Cinta itu satu Pengisian
Cinta juga satu ujian.. 


buat Para Muslimah,
*Cintailah insan yang mencintai kita, kerana 4 perkara.. Iaitu;-
Agamamu, Keturunanmu, Rupamu dan Hartamu..

buat Para Muslimin,
*Cintailah dia seadanya.. namun janganlah dirimu melebih2kan isterimu hingga menawarkan hati ibumu.. Kerana tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk ibu, isteri, adik2 perempuan serta untuk keluarga isterinya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...