Tuesday, December 28, 2010

Bertemu Cintaku..


Berbunga-bunga hatiku kini.. Apabila hati yang keliru, hati yang sentiasa diselubungi perasaan takut mengecewakan dan dikecewakan, akhirnya kini telah bertemu dengan jawapan yang dicarinya.. 
Benar Kunci hati adalah kejujuran.. Buat apa kita mahu takut untuk bersuara dengan jujur kan? Kerana kejujuran itu telah menuntun kami kearah yang sangat indah..     ".....Kami?" 


Ya, "kami" :) Kebahagiaan dia, adalah kebahagiaan ku.. Senyumannya adalah pemancar senyuman buatku.. Tangisannya adalah kesedihan untuk ku.. dialah insani yang menghiasi jalan2 ku kini.. insan yang sudi memberiku jalan untuk ku redah masa hadapan ku penuh yakin.. 


Bermulanya dulu, kau melihatku dari jauh.. keletahku memuji, memuja kekasih lamaku.. 
dan setiap ayat2 ku kau puji.. 


Ku melihat dirimu.. sebagai salah seorang rakan fb ku.. :)
perkenalan yg penuh dgn tertwa dan perkongsian demi perkongsian yang tercetus.. 
kau melihatku dari sudut pandanganmu sendiri.. manakala aku hanya memandangmu dari jauh..
kerana hanya itu yang ku mampu.. ku senyum memuji wajah anggunmu.. 


Suatu masa, aku ditakdirkan mengalami kepayahan.. ku terpaksa jua hadapi perpisahan.. dan perpisahan itu di tambahkan lagi dengan kehadiran insan yang hanya ingin bermain dengan perasaanku.. akhirnya ku terpaksa jua sendiri.. bersendiri melalui kekosongan kehidupan ini.. 


Memang terus terang tidak ku nafikan.. ramai yang hadir.. memberiku harapan, dan mengharapkan ku.. tetapi sukar ku buka hati ini untuk sesiapapun.. bukan kerana merajuk.. apetah lagi untuk ku tunjuk ego ku.. saat itu, memang tiada apa ku harapkan lagi.. ku hanya ingin mencari diri ku sendiri..


Hinggalah hatiku dpertemukan dgn hatinya.. yang membawaku perasaan.. yang menjalinkan jiwaku dengan kasih sayang.. :) jenuh jua dia menyunting lagu2 indah untuk ku.. dengan harapan ku akan fahami erti hatinya.. namun, ku hanya melayan seakan-akan tiada apa yang berlaku.. ku tahu kau bukan mengharapkan ku seperti yang lain.. kerana dirimu miliki sesuatu yang ku mahu.. namun, ku tidak pernah melafazkan.. selagi perasaan itu belum benar2 jelas kelihatan..


Kerana itulah sayang.. ku tanya dirimu, "selesakah.. dirimu dsaat ku memanggilmu dengan panggilan 'sayang'?" kerana ku mahu kau tahu apa yang ku lakarkan di atas lembaran cinta yang ku hamparkan buatmu di pinggir hati ini.. 
dan mula pada saat itu, ku ukir namamu d lapangan dada diari ku.. dan ku mahu kau memberiku kunci hatimu.. agar dirimu tahu isi diariku ini.. dari situlah, wujudnya detik pertama cintaku menyala.. dan menerimamu sebagai seorang kekasih yang ku pilih.. dengan keterbukaan hatiku ini, jiwaku menerimamu seadanya.. 


Sayangku, dirimulah insan yang menyempurnakan cintaku.. 


Bagai gamabaran cinta di atas.. lensa tanpa buku, ia hanya satu lensa bulatan yang tiada apa-apa.. 
Namun, apabila ada panahan cahaya, dan 2 lembaran hati yang terbuka, maka terlakarlah bentuk sekeping hati yang menggabungkan 2 lembaran itu.. inilah yang dinamakan cinta.. 2hati menjadi satu.. 

Sayang, sekali lagi ku lafazkan.. sesungguhnya, ku amat mencintaimu..


Insan yang sentiasa mengingatimu,
       azam zainal arif
     29 Disember 2010  1411
     23 Muharram 1432

7 comments:

  1. dd ku cyg... terima kasih sbb sempurnakan hidup b... b cyg sgt dgn dd love dd sgt2 muaahhh

    ReplyDelete
  2. i Love U too baby.. :) more than what u know..

    ReplyDelete
  3. oh.. skang dah tau. hehe. congratz.. jumpa dah orngnya :)

    ReplyDelete
  4. hee~ syyy cik aka-chan, xmo bgtau sape2 tau.. :) ni rahsie kite same2.. hik2..

    ReplyDelete
  5. :) hehe.. da sampai mase nnt, kite akan published jugak.. tunggu ja la mase dan tempatnye k baby k? hmm dd xmau timbul kontroversi je.. nt kalau kecoh, cian baby..

    ReplyDelete
  6. dah kecoh da...tak payah nak sorok2 ag...publish je la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...