Sunday, December 5, 2010

Hening.......


Taman yang indah ini, hening di hiasi dengan kabus d permukaan sungai dan lantai2 taman hijaunya.. 



Waktu yang berputar.. begitu pantas meninggalkan kita.. Tiada lagi nikmat waktu di rasai hari ini.. kerna nikmatnya telah hilang di mamah kepantasan arus kehidupan dunia.. 




Pada seawal pagi td.. berlari-lari golongan remaja, dewasa, org tua-tua mahupun kanak-kanak memecah keheningan.. Ada yang sambil mereka melangkah, setia earphone di telinga sebagai peneman kesunyian.. Ada juga keluarga bahagia.. yang sambil bersama-sama berlari mengeluarkan peluh, mereka tertawa riang menghiasi suasana.. 


Aku berjalan perlahan-lahan.. melihat gelagat insan.. melihat keindahan pagi di taman rekreasi Bukit Jalil hari ini.. indah sekali.. Dingin.., Damai, dan terkadang mulalah ku terfikir.. alangkah indahnya andai ku telah miliki keluarga ku sendiri? seorang isteri yang baik, yang menjaga kebajikan dan zahir batinku.. anak-anak yang menghiburkan hati.. Dan kasih sayang kekeluargaan yang erat dan saling memerlukan antara satu sama lain.. 


Ku memandang jam tanganku.. awal lg.. baru jam 7.05pg.. ku terus berlari-lari anak memecah keheningan pagi ini dengan semangat.. Wahh damainya alam ini.. apabila ku terhenti di satu kawasan, sambil ku terlihat.. seorang anak kecil yang menangis.. sendirian menangis tanpa org tuanya.. aku cuba menghampiri.. dan bertanya.. "dik... adik dtg dgn siapa? kenapa menangis ni dik?" dia memandangku dengan matanya yang masih basah.. tanpa menjawab pertanyaanku, dia terus menangis.. ku hampiri dn ku pegang kedua-dua bahunya.. ku duduk di hadapannya lalu bertanyakan nama dan tempat tinggalnya.. dia hanya menggelengkan kepala..


ku tercari-cari di persekitaran.. seandainya ada keluarganya dsekitarku.. hurmm ku duduk disisinya dn tenangkan dia.. dia masih tercari2 seandainya ada ibunya di kawasan tersebut.. kasihan ku memandangnya.. kami berbual-bual sedikit.. Tiba-tiba, datang seorang wanita.. bengkak matanya.. dan kanak-kanak kecil td, berlari-lari memeluk wanita tersebut.. Ku memandang sambil tersenyum.. Akhirnya mereka bertemu kembali.. 


"Dik, akak takut sangat.. akak ingatkan akak dah kehilangan Haikal nie td... dia bukan tahu apa yang dia buat.. akak dah jenuh cari dia d kawasan kami berehat.. akak xperasan dia berjalan sendiri.."


aku memandang akak tu dgn rase simpati.. "xpe lah kak.. alhamdulillah Haikal pn selamat.. ape2 pn, lepas ni, akak hati2 lah ye.. jgn lah biarkan dia sendirian mcm td.. risiko dia untuk di culik tu tinggi kak.." jawab ku dengan nada yg perlahan.. aku tau akak tu pasti masih dalam perasaan terharu lagi.. kerana itulah aku tidak mahu dia tertekan. 


Pagi minggu yang ceria ini, aku dapat duduk tenangkan diriku dengan terkenangkan adik Haikal.. mungkin dia baru berusia 3~4tahun.. bercakap pn pelat lagi.. Semoga adik Haikal besar nanti, dia akan jadi seorang yang bijak dan berdikari.. Abang Azam doakan adik berjaya.. :) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






Ku pulang ke rumah, dn mandikan si kesayanganku.. bersihkan tubuhnya.. dan ku vakuum dalam2 nya.. enjinnya juga ku check.. alhamdulillah segalanya telah ku sempurnakan.. Semoga saja dia akan selalu membuatku gembira bersamanya.. :) pg td, sudah la ada girl yang tegur aku mengenai si dia nie.. hehe mudah je aku jawab.. " I datang dengan kekasih i.. ini lah dia kekasih i.. " hehe.. tp memang betul pn.. inilah kesayanganku..


Petang td, aku ke Litar Sepang.. Hebatnya mereka berentap.. :) memang mereka sangat seronok memandu Type-R nie dengan pantas.. tp, sorry guys.. aku xsanggup menyakiti kesayanganku seperti kalian bermain dengan jentera2 kalian.. :) type-R aku hanya untuk berada di jalanan.. bukan untuk perlumbaan dan jauh sekali untuk litar.. kerana cabaran dilitar sgt sengit.. hehe.. :) lagi pun aku bukan pemandu professional..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...