Sunday, November 21, 2010

Insya'Allah...

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. 
La~ila.. ha 'ilallah huallah hu akbar.. 
Allahuakbar walillah.. Ilhamdh..


Sayu kedengaran takbir yang di alunkan.. 




Termenung ku seketika.. melihat awan dan bulan yang penuh malam ini.. 


Terfikir sejenak.. mengenai meeting pagi tadi.. 


"Bukan saya tidak boleh tangguhkan tempoh bayaran bond kontrak tu.. Tapi, saya mahu syarikat awak sertai gugusan Holding kami secepat mungkin.. Agar segalanya dapat di terangkan secara transparent antara kita.. Lagipun projek yang akan dilaksanakan ini pun sudah terlalu hampir.. kelmarin awak telah bayar RM65,000, jadi saya sudah lock syarikat awak Kembara Hijrah Resources Sdn Bhd untuk projek-projek tersebut.. Cuma tinggal lagi RM 35,000 sahaja untuk awak langsaikan dan berada didalam gugusan kami.. Berusahalah Encik Azam, Encik Istab.. Saya tidaklah terlalu memaksa.. tetapi, bagaimanapun, segalanya ada procedure nya yang tertentu.. Jika awak sudah di bawah gugusan Mega Holdings, jadi awak akan lebih mudah bergerak didalam Yayasan.."


Terkenang kata-kata dato' pagi tadi.. Mane aku nak dapatkan lagi RM35,000 dalam mase terdekat nie? Ish... Runsingnye kepala.. sane sini dah aku try usulkan.. cuma xsampai ke tahap ALONG je.. Hurmm mungkin inipun adalah ujian dari Allah juga agaknya.. Tapi kenapa fund aku dari Bank Negara ni tak release2 lagi ye? dah masuk 4bulan aku apply.. kalau lah aku betul2 bergantung dengan fund itu untuk syarikat aku, mesti sudah gulung tikar dibuatnya.. Hurmm nasib la ade back up money sikit-sikit sebelum nie.. Tapi saat ini, detik ini, aku betul2 xdapat nak adekan.. Tidak pernah aku rase tersepit sebegini.. 




Aku tahu.. Kehidupan ini bukanlah semuanya di sinari kejayaan.. Ada masanya, roda kehidupan ini akan berada di dasarnya.. Sangat menusuk ke dalam minda.. Cuma keyakinan kita sahaja yang akan menjadi ukuran.. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu disebalik kesusahan demi kesusahan yang kita hadapi..


Buat Ayah, Encik Istab dan Malik.. Tabahlah untuk kita sama-sama hadapi keadaan ini.. Insyaallah esok hari, mentari akan bersinar cerah untuk menunjukkan jalanNya.. Allah maha mengetahui segala rahsia alam yang tersembunyi.. Bukan ku ingin harapkan kepada keajaiban.. Tetapi, ku hanya tawakkal untuk ketentuanNya.. Allah maha memberi.. Dia juga maha mengasihani.. sama-samalah kita bersujud untuk memohon keberkatan dan petunjukNya.. 


Insya'Allah hari esok akan lebih baik dari hari ini.. 


Thanks to Dato' Abu Bakar kerana beri kepada kami peluang ini.. 
Alhamdulillah.. walaupun kesukaran yang kami harus hadapi untuk permulaan ini, semoga hari esok akan lebih baik.. Kerana ku yakin dengan bantuanNya.. "Dalam seribu satu kesukaran, pasti ada kesenangan" Insyaallah.. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Termenung kembali...


Ya Allah, Bantulah hambaMu ini.. 
Sesungguhnya hanya padaMu kami meminta..
dan hanya dariMu kami menerima..


Hasbunallah hi wa niagmal waqil.. 
Nasru minallah hi wa fatun Qarib..


Insyaallah.. ku yakini janjiMu ya Rabbi.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...