Thursday, November 18, 2010

Bercinta memang Indah... Tapi...


                             [̲̅ə̲̅٨̲̅٥̲̅٦̲̅] |̲̅‹̲̅3̲̅|

lambang CINTA kami suatu masa dahulu 



"Sayang, malam ni, dengan tersarungnya cincin dijari sayang nie, maka termaterailah hubungan kita secara rasminya.. Semoga hubungan ini, bahagia dan berkekalan selamanya.. "


"Thanks abang" ~ diiringi dengan senyuman.. 


________________________________________________________________________
"Teeet!!!"


Terkejut ku memandang jam di tanganku.. "Uhh~ "ku mengeluh.. 


Sudah pukul 2pagi rupenye.. hurmm hari sudah lewat malam.. Dan dah beransur ke pagi pun.. tapi mata masih terjegil lagi.. sukarnya untukku melelapkan mata malam nie.. 


terkenang kenangan-kenangan indah dulu.. ~ tersenyum seketika.. 


ingat lagi tentang kisah cinta yang baru berlalu beberapa bulan lepas.. 


Betul ke aku dah single nie? Betul ke aku xperlukan kekasih? ~hehe..


Betul lah.. aku single.. Aku xperlukan sesiapa.. cukuplah aku miliki kebebasan seperti ini.. Aku bahagia dengan hidupku.. (jawab hati kecilku..) 


Tapi, ape yang di maksudkan dengan CINTA buat kau sebelum ni Azam? CINTA tu satu ucapan ke? Atau sekadar ingin mengisi tampat kosong? ..........................................?   ?  ?  ?   ???


Hati kecilku hanya terdiam.. merenung ke dasar, dan memandang ke langit biru.. Apa benar CINTA tu hanya ucapan Azam? atau kau gunakan nama CINTA untuk kau miliki hatinya dulu? 


~tertampar perasaanku bila terpaksa hadapi persoalan begini.. 




Saat bercinta, segalanya indah.. 
pertemuan yang seketika, cukup untuk meraih senyuman sepanjang hari..
Berkongsi segala suka dan duka.. 
Saling memberi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing2.. 
Memang bahagia saat itu.. 




tetapi setelah dirimu memiliki segalanya, yang tinggal untukku hanya satu harapan..
bila aku mempamerkan kekuranganku, tika itu dirimu bersuara dan perjuangkan kebebasan dirimu..
dan saat itu, ku sedar.. mungkin diriku hanya layak untuk mencintai seorang pelajar.. Bukan dirimu yang telah miliki karier.. mungkin telah tiba waktunya untukku beralah dengan perasaanku.. 




Malam itu, malam terakhir kita sebagai kekasih.. terucap kata-kata yang amat melukakan hatiku.. kau ucapkan, "selama kita bersama, sayang tak pernah bahagia dengan abang.. tak pernah tahu tak?"
betapa hancur luluh perasaan ini.. hanya Allah saja yang mengertinya.. 


Sepanjang perjalanan pulang ke KL malam tu, terngiang-ngiang kata-kata itu yang berlegar difikiran.. seperti di belenggu.. Tidak sangka, rupanya selama ini, ku salurkan perasaan cintaku, kasih sayangku padanya.. tidak membawa apa-apa erti buatmu..


Mungkin kerna dirimu terlalu yakin bahawa aku TIDAK akan meninggalkanmu, maka segala-galanya sanggup kau lafazkan.. Setelah itu yang dirimu nyatakan, ku tahu, bahawa diriku hanya mampu tersenyum dan tarik diri dari hidupmu..


Ku relakan CINTA yang BAHAGIA untukku, namun TIDAK BAHAGIA untukmu ini berlalu bersama angin.. 
Ku izinkan perasaan ini musnah.. Walaupun ku rasa parah.. 


Kau kelihatan BAHAGIA bersama-sama kawan-kawanmu apabila telah BEBAS.. 


Namun, ketiadaanku beberapa ketika, membuat kau tercari-cari.. Hari ini, kau menuntut kehadiranku kembali.. dan kau imbas segala kenangan suka duka kita dahulu.. yang telah kau katakan disebalik kenangan-kenangan tersebut, kau TIDAK PERNAH BAHAGIA bersamaku..  


Ku mampu memberikanmu senyuman wahai Kekasih lamaku.. CINTA bukan hanya ucapan.. ia adalah satu JIWA yang tercipta.. Disaat ianya dilafazkan..


Kalau Aku hanya mahu menyayangimu, ku tidak perlu memiliki masa sehingga setahun untuk melafazkan CINTA ini.. kerna sebelum hati ini terbuka sepenuhnya untukmu.. terdapat CINTA lain yang sukar ku padamkan yang telah tercipta sebelum dirimu..


Katakanlah dengan indah.. ku masih menyayangimu sayang.. namun, CINTA itu mungkin telah pudar.. tidak lagi bersinar seperti dahulu.. ia seperti gugurnya kelopak-kelopak mawar.. yang tidak mampu dicantumkan lagi.. 


*jadi, seandainya kita masih memiliki CINTA itu, hargai dan belailah ia agar terus mekar mewangi.. apabila ia telah pudar dan berguguran, tiada ertinya lagi untuk di cantumkan kembali..


Cinta adalah anugerah terindah.. namun, cinta sangat sukar dimengertikan.. kerna disebaliknya, tersembunyi seribu satu pengorbanan, rasa kehilangan dan air mata.. 


Sedarlah.. Cinta, tidak selalunya diiringi dengan Jodoh, namun Jodoh akan membawa Cinta bersamanya.. 

3 comments:

  1. hmmm..kdg2 Allah sengaja temukan kita dengan pelbagai insan yang tak menghargai kita sebab Allah nak menguji hubungan kita. Sampai satu masa nanti, Allah akan pertemukan kita dengan insan yang layak untuk kita. Sabarlah..tiap hubungan pasti ada pasng surutnya. kita hanya mampu merancang. tabahkan hati. :)

    ReplyDelete
  2. Ya betul Hida.. bukan kadang-kadang.. tapi acap kali ia terjadi.. namun, bila dikembalikan kekuatan hati untuk memahami perancangan ilahi, azam sedar dn redha dengan segala ketentuanNya nie..

    Semoga saja yg di anugerahkan pada azam suatu hari nanti, seorang yang boleh di nobatkan sebagai kekasih sejati.. yang hadirnya mampu merubah kekurangan azam menjadi satu kesempurnaan buat kami.. insyaallah amin..

    ReplyDelete
  3. ting!! tumpang lalu yek huhu... cinta itu sgt unik.. tp d sebalik cinta semue org akan rase sdh suka duka riang tawa semua penah rase... cinta ni mmbt kn kite rase mcm berkuase dan cinta jgk le mmbri kite ketenangan... x semue cinta pahit je... cinta jgk ade bahagia... tapi kebahgian tu bergantung pd kite utk semarak kn nye... ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...